BEBERAPA pemain import baharu akan tiba tidak lama lagi bagi melengkapkan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-2025.
Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain mengesahkan perkara tersebut selepas kelab itu mengumumkan dua pemain import baru iaitu Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan bekas pemain Terengganu FC, Sony Norde.
“Berkenaan baki pemain-pemain import pasukan, selepas ini akan ada lagi pemain-pemain lain selain Nurullaev dan Sony Norde yang telah diumumkan.
"Beberapa pemain import di posisi lain akan datang dalam masa terdekat seperti di bahagian pertahanan dan serangan.
"Mengenai jumlah keseluruhan import pada musim ini pula, kami belum mengumumkan jumlah keseluruhannya dan kita lihatlah nanti keadaannya kerana jika saya kata lima, mungkin boleh jadi enam atau tujuh pemain," katanya mengenai jumlah pemain import yang akan memperkuatkan Sang Kenari pada musim ini.
Jelasnya, persiapan pasukan pada 2024-2025 akan bergantung kepada kewangan semasa pasukan dan mengakui jumlah tersebut adalah lebih kecil berbanding persiapan pada musim lalu.
“Kami berbelanja mengikut kemampuan kelab dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
"Namun, di sebalik semua perancangan yang sedang dan akan dilakukan, KDA FC tetap mahu membentuk pasukan yang dapat memberi saingan yang pada tahap yang terbaik pada musim ini," ujarnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 25 2024
Nafuzi (tengah) semasa sesi latihan dalaman menentang pasukan KDA FC B yang akan bersaing dalam Piala MFL musim 2024/25 di Stadium Sultan Abdul Halim pada malam Jumaat. - Gambar Sinar Harian
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Kenyataan Sanusi tambah perit skuad Kedah
Tanpa gaji selama lima bulan, menyaksikan kesukaran bersilih ganti yang terpaksa dihadapi barisan pemain Kedah.